KONSEP MELAYU


Definisi awal istilah “Melayu” 

1. M. Ptolemy menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyanya yang berjudul Geographike  

     Sintaxis.


2. Kitab Hindu Purba yang berjudul Purana terdapat perkataan malaya-dvipa.


3. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mengirimkan

    Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar  

    644-645 Masihi.


4. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang

menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi, iaitu Kerajaan Melayu di Sungai Batang dan Kerajaan Sriwijaya di Palembang.

5. Catatan dalam kesusasteraan China menyatakan bahawa pengembara yang singgah di

    Nusantara mendapati bahasa yang dituturkan penduduk di situ ialah bahasa K’un-lun.

    Bahasa ini dipercayai oleh penyelidik sebagai bahasa Melayu kuno.

6. Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan perkataan

    “Malaya” atau “Melayu” pada bahagian belakangnya.

7. Buku Sejarah Melayu mengaitkan perkataan Melayu dengan nama sebatang sebatang

    sungai yang deras alirannya, iaitu Sungai Melayu.

Definisi “Melayu” dari segi etimologi 

Etimologi : Kajian asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut.

1. Berasal daripada perkataan Malaya, iaitu kependekan “hima alaya”. “Alaya” bermaksud “tempat” manakala “hima alaya”bermaksud “tempat bersalji”.


2. Perkataan Malayapura yang bermaksud “kota Melayu” atau “kerajaan Melayu”.

3. Perkataan bahasa Jawa kuno, mlayu yang bermaksud “mengembara” atau “pergi ke mana-mana”.

4. Berasal daripada nama sebatang sungai, Sungai Melayu yang disebut dalam buku Sejarah Melayu.

5. Van der Tuuk , perkataan Melayu bererti “menyeberang”, merujuk kepada orang Melayu yang menyeberang atau menukar agama daripada agama Hindu-Buddha kepada Islam.

Definisi “Melayu” berdasarkan Bangsa 

Istilah Melayu dapat diberi dua pengertian, iaitu pengertian yang luas dan pengertian yang sempit

Pengertian yang luas 

Istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan-kawasan gugusan kepulauan Melayu. Berdasarkan “The Malay Culture Study Project” (1972), konsep Melayu merujuk kepada suku bangsa di Semenanjung Tanah Melayu, termasuklah orang-orang Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar. Secara umumnya dapatlah dikatakan bahawa pengertian Melayu merujuk kepada bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai Timur Sumatera dan beberapa tempat lain di Nusantara.

Pengertian yang sempit 

Pengertian yang sempit ialah seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu Perkara 153 mengatakan bahawa seseorang itu dapat ditakrifkan sebagai Melayu apabila memiliki ciri-ciri seperti: lazimnya berbahasa Melayu, berkebudayaan Melayu dan beragama Islam (yang murtad, tukar kewarganegaraan : taraf Melayu - hilang )

Tafsiran Melayu mengikut pengertian suku bangsa  berdasarkan etnik: syarat berbahasa Melayu dan kebudayaan Melayu kecuali  Islam.
i. Orang-orang Melayu seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia.
ii. Orang-orang Melayu yang mendiami kawasan Selatan Thai, Pesisir Sumatera (utara

    Medan, Deli, Serdang, Palembang, Riau, Lingga ) ada beragama Budha, Kristian
iii. Orang-orang Melayu di bahagian pertama Sarawak ada beragama Kristian
iv. Orang-orang Melayu di Brunei dan Sabah ada yang tiada agama, agama-agama lain

Tafsiran Melayu mengikut pengertian ras merangkumi penduduk Seluruh Nusantara.  Geldern dan Kern,kumpulan bangsa Melayu berasal dari utara ke selatan. Mereka berasal daripada satu kelompok bangsa kemudian tersebar ke seluruh Nusantara. Pengertian mengikut ras ini lebih tertumpu kepada suatu rumpun bangsa yang besar dan berkaitan. Asal-usul Bahasa Melayu

Terdapat dua hipotesis tempat asal usul bahasa Melayu seperti yang diutarakan oleh ahli arkeologi dan ahli linguistic, iaitu dari kawasan Asia Tengah dan kawasan Nusantara.

KAWASAN ASIA TENGAH 

Hipotesis kawasan Asia Tengah menyatakan bahawa orang Melayu berasal dari bahagian selatan China seperti Indo-China, pantai timur China selatan (Champa dan Kampuchea) dan di Burma. Mereka ini telah berhijrah secara berkelompok-kelompok dari selatan China ke Nusantara.

Kelompok pertama yang sampai ke Nusantara dikenali sebagai Melayu-Proto. Kelompok ini dikatakan telah menduduki Nusantara sekitar tahun 2000 SM. Pada peringkat awal hipotesis, perpindahan kelompok Melayu telah dikemukakan oleh P.Sarasin dan F.Sarasin pada tahun 1892 dan dikukuhkan lagi oleh Geldern pada tahun 1932.

Pada tahun 1500 SM, kelompok Melayu kedua telah datang ke Nusantara dan mereka dikenali Melayu-Deutro. Golongan ini mempunyai peradaban yang lebih tinggi daripada Melayu-Proto. Kelompok Melayu-Deutro inilah yang telah menurunkan Melayu moden yang merupakan penutur natif bahasa Melayu. Oleh itu, bahasa Melayu yang dituturkan hasil daripada kelompok Melayu-Deutro.

HIPOTESIS KAWASAN NUSANTARA

Hipotesis kawasan Nusantara menyatakan bahawa orang Melayu memang berasal dari Nusantara. Hipotesis ini lebih meyakinkan. Ini berdasasarkan kepada bukti geografi, bahasa, artifak, perkembangan manusia dan kebudayaan.

Berdasarkan bukti geografi, perpindahan bangsa Melayu berlaku bukan melalui penghijrahan tetapi melalui perpecahan dataran sebagai implikasi dari pencairan glasier.Berdasarkan kepada bukti bahasa pula, bahasa Melayu berasal daripada rumpun Austronesia tetapi bahasa Asia Tengah berasal daripada rumpun China-Tibet.

Ditinjau dari sudut artifak, ada penemuan beliung batu yang dipercayai digunakan oleh semua masyarakat primitif di seluruh dunia.Perkembangan kebudayaan orang Melayu dan Jawa yang sangat menonjol dan telah tersebar ke bahagian lain di Nusantara juga menguatkan lagi kebenaran hipotesis ini.Dari segi perkembangan manusia pula, didapati bangsa Melayu berkulit cerah tetapi bangsa Asia Tengah berkulit cerah.

 

Tambahan lagi, kajian arkeologi yang dilakukan terhadap tengkorak manusia mendapati tengkorak manusia di Nusantara lebih tua daripada tengkorak manusia di Asia Tengah. Dua tengkorak manusia Jawa yang ditemukan masing-masing berusia 670 000 tahun dan 600 000 tahun tahun sedangkan tengkorak menusia Peking berusia 550 000 tahun. Oleh itu, berdasarkan bukti ini, bahasa Melayu memang wujud di Nusantara dan bukan dari kawasan-kawasan lain.

 

 

 

 

 

 

 

Comments