FRASA KERJA

FRASA KERJA

 

Frasa kerja (FK) ialah binaan yang boleh mengandungi satu kata atau lebih dan kata intinya ialah kata kerja. Kata kerja yang membina frasa kerja

boleh merupakan frasa kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Sebagai contoh:

 

 

SUBJEK

PREDIKAT

1

Kanak-kanak

bermain

2

Lelaki itu

bertambah kaya

3

Pelajar-pelajar

mempelajari tatabahasa

 

Frasa kerja dalam ayat -ayat diatas terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang mengisi konstituen  predikat. Kata kerja yang membina frasa kerja boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif seperti dalam ayat (1) iaitu “kanak-kanak bermain “ atau kata kerja transitif seperti dalam ayat (3) iaitu “pelajar-pelajar mempelajari tatabahasa”.

 

Kata kerja yang menjadi inti bagi frasa kerja boleh terdiri daripada kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk atau kata ganda. Contohnya, “belum mandi”( inti kata kerja tunggal). Contoh kedua ialah “sedang termenung”(inti: kata kerja terbitan). Contoh seterusnya ialah “akan naik haji pada tahun ini”( inti: kata kerja majmuk) dan contoh terakhir ialah “ bertolak-tolakakn ke stadium”(inti: kata kerja ganda).

 

Seterusnya, terdapat tiga fungsi frasa kerja dalam ayat iaitu frasa kerja sebagai predikat, kedua frasa kerja berfungsi sebagai subjek dan yang terakhir ialah frasa kerja berfungsi sebagai penerang.

 

Frasa kerja boleh terletak pada predikat ayat . Contoh fungsi frasa kerja sebagai predikat ialah “ gadis itu bertudung”. Bertudung merupakan predikat frasa kerja. Contoh seterusnya ialah, “ kapal terbang dari Tokyo belum mendarat lagi”. Predikat frasa kerja dalam ayat ini ialah belum mendarat lagi.

 

Fungsi frasa kerja yang kedua ialah sebagai subjek. Frasa kerja dapat menjadi  subjek ayat apabila frasa kerja itu berfungsi sebagai frasa nama. Hal ini selaras dengan rumus yang menetapkan bahawa subjek ayat mesti terdiri daripada frasa nama. Sebagai contoh ayat frasa kerja berfungsi sebagai subjek ialah “ bersedekah amalan yang mulia”. Kata kerja bersedekah menjadi subjek kepada ayat frasa kerja tersebut. Contoh yang seterusnya ialah “ bercakap memang mudah’. Kata kerja bercakap menjadi subjek bagi ayat tersebut.

 

Seterusnya, frasa kerja berfungsi sebagai penerang. Frasa kerja juga boleh berfungsi sebagai penerang apabila frasa kerja itu mengikuti frasa nama. Frasa ini boleh hadir dalam bahagian subjek atau predikat. Sebagai contoh ayat ialah “emosi tidak terkawal merosakkan diri” . Kata kerja yang terdapat dalam ayat ini ialah tidak terkawal.

 

Frasa kerja dibentuk dengan menjadikan kata kerja sebagai kata inti . Oleh sebab ada dua kata kerja, maka terdapat dua jenis frasa kerja.Binaan frasa kerja terbahagi kepada dua jenis iaitu frasa kerta tak transitif dan kata kerja transitif. Frasa kerja tak transitif pula terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu tanpa pelengkap, berpelengkap dan berpenerang.

 

Binaan frasa kerja tak transitif mengandungi kata kerja tak transitif sebagai intinya. Frasa kerja tak transitif tidak memerlukan frasa nama sebagai objek. Sebagai contoh “Komala tidur”. Kata kerja tak transitif dalam ayat tersebut ialah tidur. frasa kerja tak transitif juga boleh hadir bersama-sama kata bantu dan unsur keterangan. Frasa kerja tak transitif juga terbahagi kepada tiga iaitu frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap, frasa kerja tak transitif berpelengkap dan frasa kerja tak transitif berpenerang.

 

Dalam frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap yang predikatnya terdiri daripada frasa kerja jenis ini, kata kerjanya ialah kata kerja tak transitif. Kata kerja tersebut dapat berdiri sendiri dalam ayat dan tidak memerlukan pelengkap atau objek bagi menyempurnakan maksud ayat. Sebagai contoh, “bayi itu menangis”. Bayi itu merupakan subjek, manakala menangis merupakan predikat (frasa kerja tak transitif). Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap yang bertugas sebagai predikat dapat diperluas dengan menambahkan frasa sendi nama, frasa nama, atau frasa adjektif padanya. Tugas frasa yang lain itu sebagai keterangan. Sebagai contoh ayat ialah:

 

 

 

subjek

Predikat

Frasa kerja tak transitif

keterangan

1.

Pelajar itu

bangun

dari kerusi

2.

Manusia

mesti sujud

kepada Allah

3.

Majalah wanita itu

Akan terbit

Bulan depan

4.

Abang saya

hendak pergi

agak jauh

 

Ayat satu dan dua yang bertugas sebagai keterangan ialah frasa sendi nama. Dalam ayat tiga yang bertugas sebagai keterangan ialah frasa nama, manakala dalam ayat 4, frasa adjektif bertugas sebagai keterangan.frasa kerja jenis ini dapat diperluas dengan menambah frasa sebdi nama . Hal ini bermakna bahawa frasa kerja ini perlu diikuti oleh kata sendi nama. Ketidakhadiran frasa sendi nama akan menjadikan frasa kerja tesebut tidak gramatis. Contohnya, “Zahid lupa akan janji-janjinya”. Sekiranya kata sendi nama dibuang maka frasa tersebut akan menjadi tidak gramatis. Misalnya,”Zahid lupa janji-janjinya”. Contoh yang seterusnya ialah “ Adila akan tidur disini”. Apabila kata sendi nama digugurkan iaitu “Adila tidur disini” maka ayat tersebut telah menjadi tidak gramatis.

 

Kata kerja tak transitif berpelengkap pula memerlukan pelengkap untuk menyempurnakan ayat tersebut. Ada kata kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap untuk membentuk frasa kerja tak transitif. Sekirannya unsur pelengkap tiada, kata kerja itu tidak mempunyai makna yang lengkap. Sebagai contoh ayat ialah, “saya ada wang”. Wang merupakan pelengkap bagi ayat tersebut. Jika perkataan wang digugurkan maka ayat tersebut menjadi tidak lengkap. Unsur yang boleh menjadi pelengkap ialah kata atau frasa nama, kata atau frasa adjektif, dan frasa sendi nama. Kata kerja tak transitif boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama sebagai pelengkap untuk membentuk frasa kerja tak transitif yang berfungsi sebagai predikat. Sebagai contoh ialah, “perompak itu bersenjatakan sebilah parang”. Perompak itu merupakan subjek manakala bersenjatakan sebilah parang merupakan predikat( frasa kerja tak transitif). Sebilah parang merupakan pelengkap( kata atau frasa nama) kepada ayat tersebut. Selepas itu, kata atau frasa adjektif sebagai pelengkap juga merupakan salah satu unsur kepada frasa kerja tak transitif berpelengkap. Kata atau frasa adjektif boleh menjadi pelengkap kepada kata kerja tak transitif bagi menyempurnakan makananya. Sebagai contoh, “lelaki itu bertubuh sasa sekali”. Perkataan sasa sekali merupakan kata pelengkap iaitu kata atau frasa adjektif. Unsur pelengkap yang seterusnya ialah frasa sendi nama. Frasa sendi nama sebagai pelengkap yang mengikuti kata kerja tak transitif mendukung makna “tempat”. Kata sendi yang digunakan ialah di, ke dan pada. Contohnya ialah,”cikgu Kamarul menetap di rumah itu”. Pelengkap (frasa sendi nama) bagi ayat tersebut ialah di rumah itu.

 

Berikutnya, frasa kerja tak transitif berpenerang terdiri daripada binaan kata kerja tak transitif yang diikuti oleh kata nama. Kata nama yang mengikuti kata kerja tak transitif itu bukanlah pelengkap kerana unsur penerang tersebut boleh ditiadakan dan ayat yang terhasil tetap sempurna. Kata nama tersebut bukanlah objek kerana ayat yang mengandunginya tidak boleh dipasifkan. Contohnya, “adik belajar bahasa Arab”. Jika unsur penerang iaitu bahasa Arab digugurkan, namun ayat tersebut masih lagi sempurna.

 

 

 

Binaan frasa kerja transitif terdiri daripada kata kerja transitif sebagai intinya dan diikuti oleh frasa nama sebagai objek. Ayat yang mengandungi frasa nama sebagai objek boleh dipasifkan. Contohnya:

 

subjek

Predikat frasa kerja

1

Shuhada

Membaca buku

1(a)

Buku itu

dibaca oleh Shuhada

2

Ibu

menggoreng ikan

2(a)

Ikan

digoreng oleh ibu.

 

Ada kalanya frasa kerja transitif tidak diikuti oleh frasa nama sebagai objek. Contohnya, kata kerja makan, membaca, menunggu dalam ayat yang berikut tergolong dalam golongan kata kerja transitif  yang sepatutnya berobjek. Namun demikian, apabila objeknya tidak disebut, maka dikatakan berlaku proses transformasi, iaitu kata kerja transitif itu telah mengalami pengugurang objek. Sesetengah ahli bahasa menganggap kata kerja jenis ini sebagai kata kerja semitransitif. Contohnya,” murid-murid sedang makan”.

 

Disamping itu frasa kerja transitif dengan frasa nama sebagai objek pula terbahagi kepada dua jenis iaitu frasa kerja dengan satu objek dan frasa kerja dengan dua objek.

 

Frasa kerja dengan satu objek mengandungi kata kerja transitif dan diikuti oleh frasa nama sebagai objek. Contohnya, “lori itu melanggar anjing”. Dalam binaan frasa kerja transitif, antara kata kerja transitif dengan frasa nama yang menjadi objeknya tidak boleh disisipkan kata atau apa-apa frasa, kerana kata kerja transitif terikat pada objeknya, contohnya:

1.

Cahaya matahari menerangi dibahagian dalam pesawat.

1(a)

Cahaya matahari menerangi pesawat dibahagian dalam.

2.

Aku ingin menghadiahkan kepada adikku sebuah buku.

2(a)

Aku ingin menghadiahkan sebuah buku kepada adikku.

Kesemua binaan frasa kerja transitif dalam ayat 1 dan 2 diatas tidak gramatis kerana kata kerja transitif masing-masing terpisah daripada frasa nama yang menjadi objek. Binaan frasa kerja transitif akan menjadi gramatis seperti ayat 1(a) dan 2(a).

 

Ada yang menganggap bahawa ayat ini “dia membaca banyak buku” tidak gramatis kerana kata adjektif banyak disisipkan antara kata kerja dengan frasa nama yang menjadi objek.. Bentuk frasa tersebut akan gramatis jika kata adjektif banyak didahulukan oleh kata bilangan beberapa untuk membentuk frasa nama beberapa banyak buku, seperti ayat ini, ”dia membaca beberapa banyak buku”. Namun begitu, bentuk frasa “dia membaca banyak buku” adalah gramatis kerana banyak tidak dianggap sebagai kata adjektif, tetapi sebagai kata bilangan , sama seperti kata beberapa.

 

Seterusnya, jenis yang kedua ialah frasa kerja dengan dua objek. Ada masanya dua objek dapat mengikuti kata kerja transitif yang berfungsi sebagai predikat dalam ayat. Sebagai contohnya ialah,

 

 

 

Subjek

 

Predikat

Kata kerja transitif

Objek

1

Mereka

menganggap

Lelaki itu guru

1(a)

Mereka

menganggap

Lelaki itu sebagai guru

2

Ismail

memanggil

Saya Pak Long

2(a)

Ismail

memanggil

Saya sebagai Pak Long

 

 

 Objek sebagai pelengkap mempunyai persamaan dan perbezaan. Antaranya, kedua-duanya boleh terdiri daripada frasa nama, dan menduduki tempat yang sama iaitu selepas kata kerja. Contohnya,” anak jiran abang saya menjadi guru”. Ayat ini mengandungi kata atau frasa nama selepas kata kerja. Ayat ini juga mengandungi kata kerja tak transitif yang diikuti oleh kata nama sebagai pelengkap. Contoh seterusnya ialah, “pekerja membersihkan pejabat itu”. Ayat ini pula ,mengandungi kata kerja transitif yang diikuti frasa nama sebagai objek.

 

Perbezaan antara objek dan pelengkap ialah unsur yang menjadi objek hanya kata atau frasa nama , teteapi unsur yang menjadi pelengkap boleh terdiri daripada kata atau frasa nama, kata atau frasa adjektif, dan frasa sendi nama. Contohnya:

 

1

Lelaki itu mendekati adik saya.(objek dalam bentuk frasa nama)

2

Mereka juga ada perasaan.( pelengkap dalam bentuk kata nama)

3

Pemuda itu bertubuh sasa. (pelengkap dalam bentuk kata adjektif)

 

Perbezaan antara objek dan pelengkap ialah ayat yang mengandungi objek dapat dijadikan ayat pasif. Sebaliknya , ayat yang mengandungi pelengkap tidak dapat dipasifkn.

 

Yang berikut merupakan perbezaan antara objek dengan pelengkap dalam binaan frasa kerja:

Objek

Pelengkap

1. Hadir selepas kata kerja

Hadir selepas kata kerja tak transitif

2. Hanya terdiri daripada kata atau frasa nama

Boleh terdiri daripada kata atau frasa nama , kata atau frasa adjektif dan frasa sendi nama.

3.menjadi subjek apabila dipasifkan.

Tidak dapat menjadi subjek kerana tidak boleh dipasifkan.

 

Perluasan frasa kerja dapat belaku dengan mrliaskan predikat kata kerja dalam ayat tunggal dengan menambahkan kata bantu dan keterangan. Frasa kerja dengan kata bantu terbahagi kepada dua jenis iaitu kata bantu asper dan kata bantu ragam. Kata bantu aspek menerangkan aspek waktu atau kala bagi sesuatu perbuatan. Kata bantu aspek boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu masa lampau, masa kini, dan masa hadapan. Contohnya, sudah adalah masa lampau, sedang adalah masa kini, dan belum adalah masa hadapan. Kata bantu aspek boleh digunakan secara serentak seperti belum pernah dan sudah pernah. kata bantu ragam pula ialah kata bantu yang menerangkan ragam atau perasaan yang berkaitan dengan sesuatu perbuatan. Sebagai contoh, kemestian, kehendak, keupayaan, kemungkinan, kepastian, keizinan, keengganan dan kepatuhan. Kata bantu ragam dan kata bantu aspek dapat digunakan secrara serentak.


Seterusnya, frasa kerja dengan keterangan. Frasa kerja boleh diperluaskan dengan keterangan. Dalam binaan ayat, unsur keterangan berada bahagian akhir  ayat, iaitu selepas kata kerja, atau selepas objek bagi kata kerja transitif. Unsur keterangan boleh terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif, dan frasa nama.

 

Kesimpulannya, frasa kerja merupakan satu elemen yang penting dalam penggunaan tatabahasa. Untuk menggunakan frasa kerja ini memerlukan pemahaman dan pengetahuan yang mendalam tentang perkara ini. Hal ini demikian kerana, apabila kekeliruan konsep atau istilah berlaku maka tatabahasa itu sendiri telah salah digunakan.  Oleh itu, jelaslah bahawa penggunaan frasa kerja ini memerlukan kefahaman supaya kita dapat menguasai disiplin ilmu yang terdapat dalamnya dan memanfaatkannya dalam kehidupan kita supaya bahasa Melayu tidak lapuk dek zaman.

Comments