Sembang- sembang

Assalamualaikum dan salam sejahtera uolss..



Dalam kesedihan yang meruntun hati,
Hadir engkau menawarkan janji, 
Berjanji akan memperlakukan aku selayaknya,
Setelah aku meletakkan kepercayaan sepenuh hati,
Lantas kau mungkiri janji,
kau sakiti hati ini,
Akhirnya tinggallah aku merawat luka yang kau beri,

Akan aku tutup pintu hati ini, 
Biarpun seribu yang datang silih berganti,
Tidak lagi aku percayai, 
Kerana hati ini bukan untuk disakiti tapi disayangi dan dihargai
Cukuplah setakat ini hati ini dilukai.

(Kedah, 4 April 2020- 9.49pm)


Comments