Salam dari aku






Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Dalam post pertama ni aku nak berkenalan terlebih dahulu sebelum aku mula menulis dengan lebih lanjut. Aku merupakan seorang graduan di sebuah universiti awam dan telah pun menamatkan pengajian aku. Seperti biasa, aku bukanlah seorang yang hebat tetapi seorang yang tengah berusaha untuk menjadi hebat. Aku sedang berperang dengan diri aku sendiri untuk keluar dari zon selesa aku dan itu bukanlah perkara yang mudah. Aku menulis disini kerana sangkaku orang lain tidak akan mengenali diriku. Jadi aku bebas meluahkan apa yang aku fikirkan.  Sesiapa yang mengikuti penulisanku ini diharap tidak segan-silu untuk memberikan pandangan dan teguran buatku. Jumpa lagi nanti....ADIOS!

Comments