Review: Secret Nature Seaweed Fresh cleansing balm



Sumber: Shoppe



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni aku nak cerita tentang cleansing balm yang aku beli dari Shoppe.  Namanya Secret Nature  Seaweed Fresh cleansing balm. Aku beli dengan harga rm10.90 sebab ada promosi sempena 12.12 di Shoppe. Berat cleansing balm ni 100g dan agak besar bekasnya. Sebelum aku ceritakan dengan lebih lanjut, aku sertakan kandungan yang terdapat dalam cleansing balm ni. Antara bahannya adalah;


Sumber: Cosdna.com










































Setelah beberapa kali aku cuba cleansing balm ni, teksturnya lembut dan mudah cair di muka. Cleansing balm ini juga tidak meninggalkan kesan berminyak di muka dan mampu membersihkan 'make up' dengan baik. Aku cuba melakukan 'gritting method' menggunakan cleansing balm ini, dan hasilnya positif. Setelah aku cuba beberapa kali, muka aku dapat terima produk ini dengan baik tanpa menimbulkan kerengsaan dan jerawat. Oh ya, selepas aku menggunakan cleansing balm ni muka aku terasa lembut sebab ia tidak mengeringkan kulit dan cleasing ni sangat lembut di kulit. Cleansing balm ni bau macam balm buah pala. haha. Tapi okey la, boleh tahan lagi. Aku sangat 'recommend' produk ni kepada sesiapa yang nak cuba. Jumpa lagi. 


Sumber: Hermo 

Comments