BAHASA MELAYU: FONETIK DAN FONOLOGI

* Fonetik dan fonologi merupakan kajian mengenai bunyi dan sistem bunyi serta sifat-sifat semulajadi sistem tersebut secara umum. 

* Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51),mendefinisikan fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. 

* J. D O’Conner  mendefinisikan fonetik sebagai ilmu yang bersangkutan dengan bunyi-bunyi bising yang dihasilkan oleh manusia.

* Untuk menghasilkan bunyi, alat artikulasi memainkan peranan yang sangat penting manakala untuk menghasilkan perkataan pula memerlukan vokal dan konsonan.

ALAT-ALAT ARTIKULASI


Sumber: mybukhari.net


* Alat artikulasi merupakan alat yang digunakan untuk menghasilkan bunyi bagi suatu perkataan. Setiap alat artikulasi mempunyai fungsinya yang tersendiri. Terdapat 25 jenis alat artikulator yang memainkan peranan dalam menghasilkan bunyi iaitu :

1. Paru-paru (lungs)
2. Batang tenggorok (trachea)
3. Pangkal tenggorok (larynx)
4. Pita suara (vocal cords)
5. Krikoid (cricoid)
6. Tirod (thyroid) atau halkum
7. Aritenoid (arythenoids)
8. Dinding rongga kerongkongan (wall of pharynx)
9. Epiglotis (epiglottis)
10. Akar lidah (root of tongue)
11. Akar lidah, lidah belakang, pangkal lidah (hump, back of tongue dorsum)
12. Tengah lidah (middle of the tongue, medium)
13. Daun lidah (blade of the tongue, laminal)
14. Hujung lidah (tip of the, apex)
15. Anak tekak (uvula)
16. Langit-langkit lembut (soft palate, velum)
17. Langit-langit keras (hard palate, palatum)
18. Gusi dalam, gusi belakang, ceruk gigi, lengkung kaki gigi (alveola, alveolum)
19. Gigi atas (upper teeth, denia)
20. Gigi bawah (lower tip, labia)
21. Mulut (mouth)
22. Rangga mulut (oral cavity, mouth cavity)
23. Rongga hidung (nose cavity, nasal cavity)

Apakah Vokal?

* Vokal ialah bunyi bersuara yang tatkala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan.

* Bunyi-bunyi vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis utama, iaitu vokal hadapan, vokal tengah, dan vokal belakang. Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada vokal [i], [e], [a], [u], [o], dan [Ə]

Sumber: slideshare Nurzila Nasir

Apakah Konsonan?

* Bunyi konsonan ialah bunyi yang semasa menghasilkannya terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi. Konsonan boleh terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara.
Sumber: ategurlzz.wixsite.com

Konsonan asli

* Menurut Yunus Maris (dalam Abdul Hamid Mahmood, 2015), terdapat 19 konsonan asli dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada:

a) 2 konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara [p , b]
b) 2 konsonan letupan gusi besuara dan tidak bersuara [t , d].
c) 2 letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara [k , g]
d) 1 konsonan hentian glotis (ʔ)
e) 2 konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara [Č , ĵ]
f) 2 konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara [s] dan geseran glotis bersuara [h].
g) 1 konsonan getaran bersuara [r].
h) 1 konsonan sisian bersura [l]
i) 4 konsonan sengau bersuara [m , n , ɲ , ŋ ]
j) 2 konsonan separuh vokal bersuara, iaitu 1 separuh vokal dua bibir bersuara [w] dan 1 separuh vokal lelangit keras [j].

Konsonan Pinjaman

* Konsonan pinjaman bahasa Melayu digunakan pada kata-kata yang dipinjam daripada bahasa sumber, sama ada daripada bahasa Sanskrit, bahasa Arab, ataupun bahasa Inggeris. Bunyi konsonan tersebut terdiri daripada konsonan geseran seperti yang berikut;

[ f ]
Konsonan geseran bibir-gigi tak bersuara
[ v ]
Konsonan geseran bibir-gigi bersuara
[ z ]
Konsonan geseran gigi-gusi bersuara
[ ɣ ]
Konsonan geseran lelangit lembut bersuara
[ x ]
Konsonan geseran lelangit lembut tak bersuara
[ ṧ ]
Konsonan geseran lelangit keras-gusi tak bersuara
[θ]
Konsonan geseran gigi tak bersuara
[ ∂ ]
Konsonan geseran gigi bersuara

# Sekian sahaja perkongsian daripada aku. Semoga bermanfaat buat para pembaca semua. Jumpa lagi nanti. ADIOS!

Comments